PENCIL

Leave a comment

PENCIL KAPUR

Pencil Kapur adalah pencil untuk melakar atau melukis atas fabrik..Memang sesuai sekali bagi pengemar

sulaman kerawang atau sulaman manik..Pencil kapur hanya terdapat dalam warna putih sahaja..Selain pencil kapur,erasible pen

juga digunakan untuk melakar dan melukis atas fabrik..

Alat Jahitan

Leave a comment

ALAT ALAT JAHITAN..

.

BENANG SULAM.

BENANG SULAMAN TANGAN DAN MANIK.

BENANG.

Terdapat pelbagai jenis benang terdapat di pasaran..Bukan benang untuk jahitan sahaja tapi terdapat juga benang khusus untuk membuat sulaman tangan dan benang sulaman kerawang.Benang sulam terdiri daripada benang cotton dan benang sutera.Benang sutera bersifat kilat dan halus..Selain itu terdapat  benang perak , benang emas dan benang pelangi..Benang cotton digunakan untuk bawah fabrik dan benang sutera pula digunakan diatas fabrik..

GUNTING FABRIK.

GUNTING SULAM.

Gunting biasa digunakan untuk menggunting fabrik dan gunting sulam  khas khusus untuk sulam sahaja kerana gunting sulam mempunyai struktur bentuk melengkung d ihujungnya .Saiz nya yang kecil tetapi sangat tajam kerana hujungnya berfungsi sebagai pisau.

BINGKAI/PEMIDANG ATAU RAM

RAM/PEMIDANG ATAU BINGKAI.

Ram ada berbagai jenis..Gambar diatas adalah Ram Getah.Pemidang diperbuat dari pelbagai material seperti kayu,plastik ,besi dan fiber..Ram atau pemidang terdiri dari dua gelang kecil dan besar untuk menegangkan fabrik.

Hyazmar flyers

Leave a comment

Assalamualaikum kepada semua yang sudi mengunjungi blog saya ini. …Di bawah ini adalah flyers tentang harga senarai tempahan baju..Jika ada sapa sapa berminat nak tempah jahit baju sila hubungi saya seperti tertera di bawah ini..

Email: Hyazmar2009@yahoo.com

YM : Hyazmar2009

Tell : 0198267073

Nama: Puan Roselind

Buku

3 Comments

Semua buku di bawah ini adalah koleksi buku dalam simpanan saya dan juga  bahan rujukan dari masa ke semasa..Jika ada yang berminat buku di bawah ini beritahu lah ya..Jgn segan dan malu..Nanti saya tolong cari kan jika masih ada stock di pasaran…

BUKU PANDUAN ASAS JAHITAN.

BUKU JAHITAN DRESS SMOKING.

BUKU FESYEN KANAK-KANAK

BUKU SULAMAN MANIK.

BUKU SULAMAN MESIN/SULAMAN KERAWANG.

BUKU PATCHWORK N QUILTING DAN BUKU SULAMAN RIBEN.

BUKU LANGSIR DAN BUKU FESYEN PENGANTIN.

BUKU SENI JAHITAN LELAKI DAN PEREMPUAN…


Mesin Pleater

6 Comments

Pengenalan kepada alat untuk membuat dress smoking.

Smoking pleater atau mesin pleater adalah alat untuk membuat jelujur di mana mesin pleater ini dilengkapi dengan sebatang jarum yang khusus untuk mengedut atau membuat jelujur pada fabrik.Bentuk jarum mesin pleater ini juga berbeza jika dibandingkan dengan jarum jahit biasa.

Jika diperhatikan pada mesin pleater di atas,terdapat beberapa bila jarum yang ditempatkan berderet pada mesin pleater ini bagi mempercepatkan serta memudahkan proses pembuatan jelujur dengan hasil yang sungguh rapi dan kemas..

MESIN PLEATER

Yea!…inilah rupanya mesin pleater…..Akhirnya saya dah dapat mesin yang saya idam kan selama ini iaitu “MESIN PLEATER’…Lepas ini boleh lah saya buat dress smoking untuk anak saya…sebenarnya banyak  projek yang saya nak buat..Harap2 saya dpt buat semua nya…hehehe..

Kepada sesiapa  yang ada minat jahit dress smoking boleh lah jahit lisu kat saya..saya charge RM10 untuk 24 rows..Kalau kat kedai 1 row dia charge RM1..Kalau 24 rows kan dah jadi RM24.00..mahal tu…

Sila hubungi saya seperti tertera di bawah ini:

Tell:0198267073

Email: Hyazmar2009@yahoo.com

YM : Hyazmar2009

Mesin Jahit

2 Comments

Menjahit sulaman dengan mengunakan mesin kuasa tinggi(High speed embroidery machine).Mesin sulaman ini tidak berkomputer dan oleh itu kemahiran diperlukan untuk menghasilkan sulaman yang kemas dan cantik.Pelbagai corak boleh dihasilkan dengan mesin industri ini mengikut idea dan kreativiti sendiri….

MESIN SULAM SINGER MODEL 20U63A.

Lagi Mesin Jahit…hehehe…nie adalah mesin jahit sulaman saya yang baru..Baru beli awal tahun jan 2010 ..Yang nie plak  jenama Singer Model 20u63A .Sebenarnya sudah lama saya idam nak beli mesin industri ni…Selama nie tengok kawan je yang ade mesin sulam nie..tak penah cuba mesin ni..so sejak ada mesin nie saya mula suka buat sulaman…seronok tau..boleh tenangkan minda kita…Mula-mula dapat mesin nie kekok nya menjahit..takut ada..gusar pun ada..hehehe..lucu dengan peragai sendiri…Bila dah selalu guna, saya happy sangat kerana dapat mengendalikan mesin ni dengan baik dan tak kekok lagi…

Sebenar nya saya mempunyai 4 mesin jahit dan 1 mesin sisi..Mesin pertama yang saya beli adalah jenis jenama Flying Man..model lama..guna lama..selalu masuk klinik..hehehe…kemudian saya beli mesin jahit jenama Lux berkomputer..mesin sulaman juga..mesin ni mahal so saya sayang sangat mesin jahit nie..selalu guna untuk buat sulaman..best guna coz bila jahit dia tak kuat bising…Nanti saya attach gambar mesin tu ..

MESIN JAHIT JENAMA LUX MODEL 215

HA……Gambar Mesin jahit model lux kat atas itu adalah mesin jahit saya yang ke 3..boleh jahit sulaman juga..tapi saya lebih suka guna mesin nie untuk jahit lurus je..memudahkan lagi kerja jahitan saya..tidak payah nak tukar jarum atau nak adjust apa-apa lagi..banyak juga jasa mesin nie..Jenama LUX dan dah masuk 4 tahun saya guna mesin nie..semua tempahan baju saya guna mesin jahit nie…


Hasil kerja

Leave a comment

TREES PURSE..

Ini adalah purse  pertama saya buat dan purse ini adalah milik salah seorang rakan anak saya..Harap dia suka dengan purse ini..Untuk menyiapkan trees  purse ini ambil masa 1 jam saja..Kain yang telah saya guna adalah jenis kain cotton/kain kapas..Menggunakan butang  jenis magnetic snap..Mempunyai 6 slot untuk menyimpan kad,3 tempat untuk menyimpan wang tunai dan 1 tempat berzip untuk menyimpan duit syiling..

BUTTON BEG…

Button beg ini adalah milik rakan anak saya juga..Beg ini simple tapi cantik.bahagian atas beg ini saya letak bermacam macam jenis button untuk menyerlahkan lagi beg ini..Berwarna hitam dan merah..Kain dari jenis tebal..

BAJU KEBAYA DAN BAJU FESYEN MODERN….

Gambar bawah  adalah tempahan baju yang telah siap saya jahit kan..Milik Nur Shamsiah..Baju kebaya berwarna hitam dan sungguh cantik dengan tambahan sulaman kerawang di bahagian depan..manakala baju fesyen modern berwarna purple campuran putih..Potongan ikut bentuk badan…Banyak tempahan telah saya terima..tapi tidak kesempatan nak ambil gambar kesemua baju yang telah siap saya jahitkan..Hanya sebahagian saja…

BAJU BLOUSE…

Gambar bawah adalah baju blouse milik monica..Berwarna putih dan berkolar bentuk V..Hujung tangan pulak kembang dan labuh tangan hanya paras bawah siku…

Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.