ALAT ALAT JAHITAN..

.

BENANG SULAM.

BENANG SULAMAN TANGAN DAN MANIK.

BENANG.

Terdapat pelbagai jenis benang terdapat di pasaran..Bukan benang untuk jahitan sahaja tapi terdapat juga benang khusus untuk membuat sulaman tangan dan benang sulaman kerawang.Benang sulam terdiri daripada benang cotton dan benang sutera.Benang sutera bersifat kilat dan halus..Selain itu terdapat  benang perak , benang emas dan benang pelangi..Benang cotton digunakan untuk bawah fabrik dan benang sutera pula digunakan diatas fabrik..

GUNTING FABRIK.

GUNTING SULAM.

Gunting biasa digunakan untuk menggunting fabrik dan gunting sulam  khas khusus untuk sulam sahaja kerana gunting sulam mempunyai struktur bentuk melengkung d ihujungnya .Saiz nya yang kecil tetapi sangat tajam kerana hujungnya berfungsi sebagai pisau.

BINGKAI/PEMIDANG ATAU RAM

RAM/PEMIDANG ATAU BINGKAI.

Ram ada berbagai jenis..Gambar diatas adalah Ram Getah.Pemidang diperbuat dari pelbagai material seperti kayu,plastik ,besi dan fiber..Ram atau pemidang terdiri dari dua gelang kecil dan besar untuk menegangkan fabrik.