Hari Minggu yang lepas ,saya nak rehatkan minda dan menjahit sesuatu yang saya rasa relax nak  membuat nya..Sebenarnya kain ini hanya fat quarter jer..Cari idea nak buat apa dengan kain nie..Kebetulan kawan anak saya sambut harijadi…Teringat anak minta duit nak beli hadiah..Fikir sejenak..Lebih baik saya buat purse untuk dia..Saya cari bahan bahan untuk buat purse..ade ke tidak?…Seperti nak buat kuih pulak..hehehe…Semua bahan yang saya cari ada dalam simpanan ..jadi memudahkan kerja saya membuat purse.

Purse ini adalah projek pertama saya..sebelum ini tak pernah teringin nak membuat purse mahupun beg..Dah buat seronok nya bila lihat hasilnya menjadi..Nanti ada masa terluang saya akan buat lagi beg ,purse atau apa saja yang terlintas di dalam fikiran.Buat masa sekarang saya masih tertumpu pada tempahan jahit baju Raya…Maklumlah..Raya tak lama lagi..

GIVEAWAY TREES PURSE

BEG BUTANG