TREES PURSE..

Ini adalah purse  pertama saya buat dan purse ini adalah milik salah seorang rakan anak saya..Harap dia suka dengan purse ini..Untuk menyiapkan trees  purse ini ambil masa 1 jam saja..Kain yang telah saya guna adalah jenis kain cotton/kain kapas..Menggunakan butang  jenis magnetic snap..Mempunyai 6 slot untuk menyimpan kad,3 tempat untuk menyimpan wang tunai dan 1 tempat berzip untuk menyimpan duit syiling..

BUTTON BEG…

Button beg ini adalah milik rakan anak saya juga..Beg ini simple tapi cantik.bahagian atas beg ini saya letak bermacam macam jenis button untuk menyerlahkan lagi beg ini..Berwarna hitam dan merah..Kain dari jenis tebal..

BAJU KEBAYA DAN BAJU FESYEN MODERN….

Gambar bawah  adalah tempahan baju yang telah siap saya jahit kan..Milik Nur Shamsiah..Baju kebaya berwarna hitam dan sungguh cantik dengan tambahan sulaman kerawang di bahagian depan..manakala baju fesyen modern berwarna purple campuran putih..Potongan ikut bentuk badan…Banyak tempahan telah saya terima..tapi tidak kesempatan nak ambil gambar kesemua baju yang telah siap saya jahitkan..Hanya sebahagian saja…

BAJU BLOUSE…

Gambar bawah adalah baju blouse milik monica..Berwarna putih dan berkolar bentuk V..Hujung tangan pulak kembang dan labuh tangan hanya paras bawah siku…